Resepi Kuih Cara Manis

Bahan-bahan (50 biji)

2 cawan tepung gandum
4 cawan santan cair
1 biji telur
1 sudu kecil pewarna daun pandan
Sedikit garam
*Gula
*Minyak masak

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan (kecuali bahan bertanda *) sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan acuan kuih cara dengan api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
  4. Masukkan 1 sudu kecil gula di tengah-tengah.
  5. Masukkan lagi adunan sehingga penuh. Kemudian tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak.
  6. Ulang langkah 3-5 sehingga habis adunan. Jangan lupa sapu minyak pada acuan supaya kuih cara tak melekat.
2 Comments
  1. 6 years ago
    afiq aiman

    aku sangat suka kuih hijau ni, o nama dia kuih cara manis rupanya. sedap!

    Reply
  2. 5 years ago
    sai'e

    salam… klu nk tkar santan kpd susu cair bleh ke??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *