Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kuih Cara Tuna Berkeju

No Comments

Resepi Kuih Cara Tuna Berkeju ok ?  Tidak hairanlah jika anda semua mengenali kuih ini kerana kuih ini merupakan kuih yang amat diminati oleh semua  orang di negara kita khususnya masyarakat Melayu.Kuih cara terbahagi kepada beberapa kategori , yang Chef tahu kuih cara manis dan juga kuih cara berlauk.Walaubagaimanapun , buat masa ini , Chef tidak berniat untuk kongsikan cara untuk membuat kuih cara manis dan berlauk  tetapi , Chef ingin kongsikan cara untuk membuat kuih cara tuna berkeju yang pastinya lebih sedap dan berlemak.

kuih cara tuna keju

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
Setengah cawan susu cair
1 biji telur
Pewarna hijau
1 tin tuna
Sedikit lada hitam
2 keping keju – Dipotong kecil
Sedikit garam

Cara-cara membuat:
1.Di dalam mangkuk besar, satukan air, susu cair, telur, garam, dan pewarna hijau kemudian gaulkan sehingga sebati.
2.Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk tadi sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tepung berketul dan Ketepikan.
3.Gaul tuna dengan lada hitam kemudian Ketepikan.
4.Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih cara.
5.Sudukan adunan tepung tadi kemudian letakkan tuna diikuti keju yang sudah dipotong kecil.
6.Bakar di atas dapur dengan api kecil.Kemudian , biarkan sehingga semua bahagian masak.
7.Apabila sudah masak, cungkil kuih cara dengan garpu perlahan-lahan.
8.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Kuih Cara Tuna Keju lebih sedap jika tidak masak lama kerana rasanya yang lembut lebih sedap untuk dinikmati.Selain itu , tutp kuali acuan supaya wap panas dapat memasak tepung bahgaian atas dengan sekata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5