Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kuih Gunting

No Comments

Resepi Kuih Gunting adalah kuih yang agak popular dikalangan penduduk malaysia terutamanya dikalangan bangsa melayu . Selalunya dihidang pada hari lebaran . Ianya juga enak , rangup dan amat menyelerakan .
kuih gunting

 

 

 

 

 

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara:

– Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
– Tuang bahan kisar kedalam tepung
– Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
– Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
– Buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
– Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
– Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
– Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
– Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
– Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
– Siap untuk dimakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5