Resepi Kuih Koci
Bahan-bahan (10-12 biji)
Untuk doh
– 250 gram tepung pulut
– 1 1/2 cawan air
Untuk inti
– Kelapa parut
– 1 keping gula melaka
– 4 sudu besar gula
– 2 helai daun pandan
– 1/2 cawan air
Bahan-bahan lain
– Daun pisang, potong 5 inci x 5 inci.
– Minyak kelapa / masak
– 1 cawan pati santan + secubit garam
Cara-cara
1. Layur daun pisang di atas api hingga lembut.
2. Untuk inti:
– Potong gula melaka dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
– Masak sehingga gula melaka hancur.
– Masukkan daun pandan dan kelapa parut.
– Masak sehingga kering, kemudian sejukkan.
3. Untuk doh:
– Gaulkan tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit.
– Gaul sehingga doh menjadi lembut dan tak melekat pada bekas.
3. Untuk membuat kuih koci:
– Ambil sehelai daun pisang,
– Sapu minyak pada permukaan daun pisang itu.
– Ambil sejemput doh dan leperkan.
– Letak 1 sudu inti.
– Tutup inti dengan doh
– Letak 1 sudu santan pekat
– Lipat daun pisang ikut bentuk bantal atau piramid.
– Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus selama 15 minit.
Cara hidangan Poh MasterChef Australia
Sumber resepi:
1. Emak saya
2. Poh MasterChef Australia
3. Mat Gebu
OM: Ada banyak jenis kuih koci yang biasa orang buat. Ada kuih koci pulut hitam, kuih koci labu, kuih koci kacang hijau dan kuih koci santan.
best2…bro, apsal entri resepi je sekarang hehehe
Dalam proses nak menjadikan Oh Malaysia sebagai blog resepi. Akan datang, saya juga akan buat review tentang makanan2 yg best di restoran2 yang saya pergi. 🙂
wah sedapnyaaaaaaaaaaa..kalo kt sini salu der inti kacang….xsedap..
2 hari lepas saya ada call mak saya. Mak buat kuih koci guna inti kacang. Maybe kat Terengganu orang biasa guna inti kacang kot.
amboiii..sedappnya kuih koci tu…
kak mas pun tak belajar buat sendiri lagi..selalu mertua yg buatkan masa kat kampung….
tetiba rasa nak makan kuih koci pula petang ni, hehe
aku x pernah makan kuih ini lg la….
mcm2 makanan dlm blog amir ni…
lapar plak tgk =)~
tak lama lagi oh malaysia dgn tagline baru la ye. sudut resepi rakyat malaysia hihi 🙂 gurau je amir
Haha. Ok kot. Masih mencari tagline baru yg sesuai.
Salam, terima kasih kerna kongsi resepi. minat masak ke bro?
terliur tengok kuih neh..thanks sharing resepi neh bro 🙂
hehe, nampak cam senang jaa resepi nie.. bleh rr try buat pasnie, pastue jual kat orang2 moscow.. hohohoho
perghh~ boleh cuba buat nihh ^^
thanks for da resepi..:)
wahh smgt mjadi surirumah sepenuh masa time cuti nanti semakin meningkat dgn adanya resipi2 ini :D:D tengkiu2 😀
Makcik kagum dgn keikhlasan Amir berkongsi resepi dgn pembaca. Sungguh mulia hati
kamu nak. Makcik di London ni pun teruja untuk mencuba resepi anak. Tq
Terima kasih makcik. Selamat mencuba. 🙂
kalau di terengganu, kuih yang mirip koci,namanya “baait”.pulut diluar dicampur dgn manisan(nnisang)dan santan.tapi inti di dalam lemak2 rasanya ,iaitu inti kacang hijau/kacang dhal.lebih sedap dari koci bagi saya.jadinya terbalik drp koci,inti manis tapi tepung pulut tak manis.dan baait memang dibungkus muncung spt ini.
dlu2 mak saya ada buat kuih ni tp saya xsuka sgt ….skrg ni anak saya yg suka sgt makan koci labu,koci keledek n koci tepung pulut.klu bole hari2 ada kuih koci……..xpe lps ni ibu akan buat sendiri…..