Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan-bahan (2-3 bekas)

* Lapisan hijau
8 sudu besar tepung beras
650 mL air
3 sudu besar air pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

* Lapisan putih
3 sudu besar tepung beras
600 g santan pekat
1/2 sudu kecil garam

* Air gula melaka
2 keping gula melaka
250 mL air
1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara

  1. Campur bahan-bahan lapisan hijau di dalam periuk, kacau rata dan masak sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas.
  2. Masak lapisan putih pula sehingga pekat dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
  3. Masak gula melaka sehingga sekata dan tuang di atas lapisan putih. Siap untuk dimakan.

Sumber resepi: MyResipi.com

Pastikan lapisan hijau dan putih cukup masak dan pekat. Kalau tak masak nanti ada rasa tepung. Saya cadangkan juga supaya guna loyang atau bekas. Guna gelas ni cepat muak sebab lapisan putih dan hijau tebal sangat. Klik sini jika mahu belajar resepi kuih buah melaka.

10 Comments

Leave a Reply to KE Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.