Resepi Kuih Puteri Mandi

Bahan-Bahan (5-6 orang)

500 gram tepung pulut
Air
1 sudu kecil pewarna daun pandan
3 helai daun pandan
1 keping gula Melaka
Kelapa parut

Cara-cara

  1. Gaul tepung pulut dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Boleh juga kalau nak guna air daun pandan sebagai pewarna.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat, kemudian leperkan di bahagian tengah.
  3. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  4. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  5. Dalam periuk masukkan secawan air dan panaskan gula melaka sehingga cair. Letakkan beberapa helai daun pandan.
  6. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sekata.
  7. Akhir sekali, gaulkan kuih bersama-sama kelapa parut tadi.

Bahan-bahan nak buat kuih puteri mandi sama je macam nak buat kuih buah Melaka.

OM: Gambar yang ada dalam resepi-resepi Oh Malaysia adalah gambar original.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

71 thoughts on “Resepi Kuih Puteri Mandi

  1. mudah membuat puteri mandi ni..
    teringat pula dulu-dulu, masa mula-mula mak bagitau nama kuih ni, aku langsung tak percaya.. aku kata, tak macam puteri pun, hehe

  2. Pingback: JomBuzz.com

  3. Pingback: IMCurtain.com

  4. buln pose ni lom makan lg kuih ni..senag jek nok buat ork..hehehhe salu bei kuih akok ngan tepung pelita, sebb nok buat rumit jek hehehe

    • dah tanya mak, mak cakap x payah letak garam. tapi kalau nak letak pun boleh.. terpulang pada kita… kalo letak pun letak sikit je..

    • tak.. saya student lagi. minat masak la. hehe. saya dalam proses nak transform blog Oh Malaysia jadi blog masakan dan travel. :-)

  5. salam,,sya nk kna buat kuih puteri mandi nnti,,huhu nk bt lakonanlecture yang sruh buat video,,,doa2kn wawa yew smoga kuih wawa buat nanti sdap n lkonan pom menjadi

  6. Pingback: Bubur Butir Nangka Atau Kuih Puteri Mandi - MyRujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>