Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kuih Talam Pisang

No Comments

Resepi Kuih Talam Pisang sangat sedap dan lembut . Sungguh menyelerakan jika dimakan pada waktu pagi dan juga petang . Resepi dari Chef adam pastinya sungguh enak dan amat mengiurkan !

kueh talam

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
300gm pisang (pisang nangka lagi sedap)
180gm tepung beras
100gm gula kastor
300ml santan pekat
½ sudu teh garam

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
180gm tepung beras
700ml santan pekat
½ sudu teh garam

Cara-cara membuat:
1.Untuk membuat lapisan bawah, kisarkan isi pisang bersama gula kastor, garam dan santan pekat.

2.Kemudian masukkan tepung beras dan digaul sehingga sebati.

3.Seterusnya tuangkannya ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

4.Untuk membuat lapisan atas, satukan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacaukannya sehingga sebati .

5.Tapiskan bahan tersebut.

6.Didihkan di atas api sederhana (tidak besar dan tidak kecil) sehingga naik wap.

7.Tuangkan bahan tersebut ke atas lapisan bawah tadi.

8.Akhir sekali, kukus semula bahan tadi selama 29 atau 30 minit.

P/s : Resepi Kuih Talam Pisang juga boleh dibuat dengan menggunakan  pisang tanduk.Hidangkan bersama air  teh o panas untuk membangkitkan rasa .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5