Resepi Laksa Penang

Bahan-bahan (kuah) 10 orang

1 kg ikan selayang
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum
1 biji bunga kantan – dibelah dua
Garam dan gula

Bahan-bahan lain

Laksa beras cap Eka 1 kg
5 biji telur rebus – dibelah dua
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara

  1. Rendam laksa selama 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan selayang sehingga lembut dan asingkan isinya daripada tulang. Guna air rebusan ikan untuk kisar tulang ikan dan kemudian tapiskan.
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi (optional).

Resepi oleh mak saya. Tapi di Australia tak ada ikan selayang, jadi saya guna 1 kg ikan sardin (in vegetable oil). Bahan-bahan seperti daun kesum, bunga kantan beku dan laksa beras boleh didapati di Asian Grocery, Adelaide Central Market.

[WD_FB id="1"]
18 Comments
  1. 6 years ago
    afiq aiman

    laksa penang sudah, passembor pulak

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Baru tahu pasal passembor ni. Boleh cuba nanti. 🙂

      Reply
    • 6 years ago
      Myana

      btol3…xpnah mkn passemboq walaupun dh g penang byk kali ;p

      Reply
  2. 6 years ago
    amirulhazwan

    daun kesum bunga kantan asam keping in english apa amir?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Daun kesum – laksa mint or Vietnamese mint
      Bunga kantan – thorn ginger
      Asam keping – tamarind skin

      Reply
  3. 6 years ago
    isza

    suka laksa penang..
    nak buat? malas..
    tunggu AMir buat open houselah..

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Tunggu saya kerja la kalau nak buat open house. 🙂

      Reply
  4. 6 years ago
    Lya

    kita suka letak potongan nenas bila mkn laksa. sedap

    Reply
  5. 6 years ago
    fiezaradzi

    favourite ni.. baru ingt hujung minggu ni nak buat

    Reply
  6. 6 years ago
    maz

    thnx amir ( sama nama suami akak). lengkap resipi ni, mesti cuba. hubby penggemar laksa..akak plak org sabah mmg tak reti buat laksa.

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Sama-sama Kak Maz. Selamat mencuba. 🙂

      Reply
  7. 5 years ago
    Faiz

    Salam..saya belum pernah masak laksa, haritu 1st time buat guna resepi amir ni..alhamdulillah sedap..cuma saya omit kan belacan sebab kami2 ni tak berapa nak makan belacan..(pun baru tahu laksa penang ada belacan..hehe)..terima kasih banyak2 ye..resepi sangat mudah dah sedap..

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Tak letak belacan pun tak apa sebenarnya. 🙂

      Reply
  8. 5 years ago
    isha

    nnti nk try lar.. 🙂

    Reply
  9. 5 years ago
    enna

    As’kum….sedap laksa tu. Tapi laksa penang tak letak telur rebus lgsg.cuma laksa kedah je buat mcm tu..

    Reply
  10. 5 years ago
    lee

    Askum.!………boleh ke ganti asam keping dgn asam jawa? ade org kata kalau letak asam jawa & tambahan ulaman nenas ianya jadi Asam Laksa Penang. What say u?

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Boleh, tapi guna air asam jawa la. Tapi saya prefer guna asam keping untuk laksa penang.

      Reply
  11. 4 years ago
    Radz Kaber

    menyelerakan, nak cuba la…
    tq for the recipe.Tapi ikan selayang tu ikan apa? bole ganti ngan ikan apa lagi?

    http://www.mnmforlife.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *