Resepi Dapur Malaysia

Resepi Lamb Chop Dan Kentang Putar

No Comments

Resepi Lamb Chop Dan Kentang Putar merupakan makanan barat yang sangat lazat dan menjadi kesukaan ramai samaada di Malaysia atau luar negara.Walaupun cara penyediaan resepi ini sedikit sukar tetapi sangat berbaloi untuk disediakan.

resepi lamb chop

Bahan-bahan Sos Marinate:
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
gula
sedikit jus limau

Cara membuat:
1.Satukan semua bahan.
2.Lumurkan pada daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.

Bahan-bahan Kentang Putar (Mashed Potato):
8 biji Kentang (dibuang kulit , di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (dihiris)
sedikit lada sulah
garam
bawang goreng

Cara membuat:
1.Satukan kentang rebus , butter , garam dan lada sulah
kemudian lecek hingga hancur.
2.Masukkan susu cair dan kacau hingga rata (kalau rasa
terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau
air masak).
3.Last sekali masukkan daun bawang yang telah digoreng
dan gaul rata.
4.Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan Sos Lamb chop/ Sos perang/Brown sause):
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air (lebih kurang dalam 1 jag kecil)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuat:
1.Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang
besar hingga layu.
2.Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata
kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3.Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas
api hingga pekat.
4.Boleh di angkat dan dihidangkan.

Resepi Lamb Chop Dan Kentang Putar boleh dimakan dengan sos cili dan kentang goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5