Resepi Lasagna

Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g daging cincang
1 kotak kepingan lasagna
250 g tomato puri
250 g sos tomato
Mozzarella cheese (anggaran 120g)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1/2 biji capsicum
2 biji tomato
3-4 biji cendawan butang
Garam dan gula secukup rasa
Mentega
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. Lobak merah, capsicum dan cendawan butang dihiris halus. Tomato dipotong nipis atau dipotong dadu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  4. Masukkan tomato puri dan sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak merah, capsicum dan tomato. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  7. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  8. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  9. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  10. Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan.
  11. Kemudian, letak 1 lapisan cendawan butang.
  12. Letak kepingan lasagna yang lain.
  13. Ulang langkah 10 dan 12 sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak mozzarella cheese di atas lapisan cendawan.
  14. Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
  15. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.

OM: Terima kasih kepada Tengkorak Emas untuk header baru Dapur Malaysia.

[WD_FB id="1"]
28 Comments
  1. 6 years ago
    sweet

    ni makanan fav sy. kalau pegi pizza hut wajib order seafood lasagna. nk buat sdri mcm ssh jer (mls sbnrnye :D)

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Saya tak pernah makan lasagna kat Pizza Hut. Biasanya order pizza je. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. 6 years ago
    MDHAFiZ.NET

    lepas isyak singgah sini..terasa lapar pulak perut ini…
    makan seorang cukup tu.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau lapar, boleh je habiskan sepinggan lasagna ni. ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. 6 years ago
    aneesa

    arigatou.. baru je bulan lepas makan.. ^_^

    Reply
  4. 6 years ago
    tengkorak emas

    oh..beginilah resipi lasagna kegemaran garfield ye ๐Ÿ™‚

    thanks bro ๐Ÿ™‚

    Reply
  5. 6 years ago
    Syima Emi

    nampak sedappp lasagna tu. thanks ye share resepi..nanti nak try lerrrr..

    Reply
  6. 6 years ago
    K.Nor

    salam amir, erm lasagna .. tak pernah dtg seru nak buat.. anak sulong k.nor mmg suka sgt lasagna ni.. ntah bila nak try ..

    Reply
  7. 6 years ago
    kerink

    UWWWW Lasagne!! sedapnyeee… ;]

    Reply
  8. 6 years ago
    june yana

    love it…
    so delicious..
    ( ^_^ )

    Reply
  9. 6 years ago
    eja

    sedapnya!

    Reply
  10. 6 years ago
    Myana

    lasagna sheets tu nk rendam bpe lame ek?

    Reply
  11. 6 years ago
    NUREEN ADLINA BINTI MOHD FAIZAL

    I LIKE LASAGNA SEDAP <3 SEDAP EAT LASAGNA OK BYE

    Reply
  12. 6 years ago
    lynn

    sorry yer nak tanyer cupsicum tu pe benda nyer..nak dptkan kt mana eeekkk?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Capsicum tu orang Melayu panggil lada benggala. yang bulat2 tu. tahu tak?

      Reply
    • 3 years ago
      NOOR

      CILI EPAL PUN SAME JUGA

      Reply
  13. 6 years ago
    nazrina

    saya pernah makan lasagna sedap….mmg ske lasagna lazat…

    Reply
  14. 6 years ago
    tya

    Belajar kat Adelaide ke?tp masak malaysia de bomb!!!i must be soo maluuu tgk ur resepi…anyway thanks!

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Haah study kat sini. Saya pun masih lagi belajar masak. Banyak lagi nak kena improve. ๐Ÿ™‚

      Btw saya baru masuk blog awak. Isteri Azizulhasni rupanya. ๐Ÿ˜€

      Reply
  15. 6 years ago
    Anonymous

    boleh ke guna trat cake yg aluminum tu utk bakar dlm oven?

    Reply
  16. 6 years ago
    Anonymous

    boleh ke guna tray cake yg aluminum tu utk bakar dlm oven

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Boleh guna. ๐Ÿ™‚

      Reply
  17. 5 years ago
    muslimkitchen

    Cuba Lasagna Thalia buatan Muslim Kitchen Sdn Bhd
    Halal, Mudah & Lazat!
    Bolih didapati di Pasaraya Mydin & Pasar Mini Az-Zain

    Reply
  18. 5 years ago
    jariah binti hamid

    askm amir..nekcik slalu buat lasagna pakai sheets yg beli tu..tapi slalu jadi keras…so kawan nekcik ajar pakai tpg gandum + fresh milk + butter sikit..masak kat api sampai pekat…macam nak wat kuih talam tu..lepas tu baru lapis lapiskan..alhamdulilah..sedap lembut

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Wslm Nekcik. Terima kasih untuk tips tu. Nanti saya cuba. ๐Ÿ™‚

      Reply
  19. 4 years ago
    husme

    memang sedap

    Reply
  20. 4 years ago
    gloria

    mohon share…:)

    Reply
  21. 3 years ago
    haida

    Emm slalunye mkn dkat kdai je…sejak mngandung ni asyik terbyang nk buat sndiri la plk huhu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *