Resepi Dapur Malaysia

Resepi Lempeng Roti

No Comments

Resepi Lempeng Roti ok ? Menu ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat . Masa yang diperlukan untuk memasak resepi ini hanya 20 minit sahaja . Bak kata orang tua-tua menu campak-campak tetapi sedap , hehehe.Disamping itu , bahan yang diperlukan adalah sangat mudah , Chef pasti yang kesemua bahan tersebut pasti ada didalam dapur rumah anda.Tidak perlu bercakap panjang lagi , mari kita cuba resepi ini.

lempeng roti

 

Bahan-bahan:
3 keping roti sandwich – dibuang kulit dan dicarik-carik
1 biji telur
200 gram tepung gandum
1 cawan air panas
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat:
1.Rendamkan roti yang dicarik tadi dengan air sehingga kembang kemudian lenyekkan.
2.Gaulkan roti dengan tepung gandum sehingga menjadi satu adunan.
3.Masukkan telur dan garam secukupnya kemudian gaulkan lagi.
4.Tambahkan air sedikit demi sedikit dan pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
5.Ratakan sedikit minyak ke dalam kuali leper kemudian tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
6.Akhir sekali,masak sehingga kedua-dua belah garing.
7.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Lempeng Roti perlulah dimasak dengan garing supaya ianya lebih sedap dan anda juga dapat menikmatinya dengan penuh kenikmatan.Selain itu , menu ini juga boleh dimasak bersama jem strawberi.Tidak lupa juga hidangkanlah resepi ini bersama air teo dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5