Dapur Malaysia

Resepi Makaroni Goreng Pedas

24 Comments

Bahan-bahan (3-4 orang)

250g makaroni
200g daging ayam / seafood
1/2 ulas bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan (optional)
1/2 biji capsicum
2 biji cendawan butang
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara

  1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos tiram, belacan dan capsicum. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan daging ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.
  5. Masukkan cendawan, cili merah, cili hijau dan makaroni. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

24 comments on “Resepi Makaroni Goreng Pedas

    • Susahla nak buat macaron. Teringin juga nak cuba buat. Btw makaroni goreng ni macam mee goreng je.

    • Resepi2 saya biasanya simple2 je. Boleh nak tambah sayur-sayur lain, terpulang kepada citarasa masing2. hehe. :-)

    • Kena rasa makaroni tu. Kalau rasa tepung lagi maknanya makaroni tak cukup masak atau tak lembut lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>