Resepi Dapur Malaysia

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

No Comments

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi ok? Resepi ini amat popular dikalangan penduduk kampung diseluruh Malaysia .Ini kerana, masak lemak pucuk ubi ini adalah resepi turun temurun dari nenek moyang kita.Resepi ini sangat sedap kerana rasa pedasnya yang akan membuatkan kita rasa terangkat dan yang pastinya kita akan tambah lagi nasi kita.

Oleh sebab itu,Chef ingin mengajar anda cara-cara untuk memasak resepi ini.

pucuk ubi

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk ubi
2 keping asam keping
1 biji santan segar
segenggam ikan bilis – yang sudah dikupas
2 batang serai – diketuk
garam secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk:
20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
3 cm kunyit hidup

Cara-cara memasak:
1.Patahkan pucuk ubi dan ambil pucuknya sahaja kemudian dibasuh bersih.
2.Didihkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan pucuk ubi tersebut.
3.Biarkan pucuk ubi dimasak sampai empuk.
4.Pucuk ubi yang telah masak boleh di tos boleh diletakkan ketepi dulu.
5.Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk seperti ikan bilis,serai yang diketuk,asam keping serta santan ke dalam periuk kemudian dikacau dan biarkn kuahnya mendidih.
6.Masukkan pucuk ubi kemudian kacau sehingga rata dan masukkan garam secukupnya.
7.Biar kuah mendidih dan pucuk ubi sebati dengan kuah
8.boleh ditutup apinya dan dihidangkan.

P/s:Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi lebih sedap jika diletakkan lebih banyak lada dan santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5