Resepi Dapur Malaysia

Resepi Mee Goreng Daging

No Comments

Resepi Mee Goreng Daging ok? Mee goreng daging sangat mudah untuk dimasak.Ianya hanya memerlukan masa dalam 25 minit sahaja untuk menyediakan masakan ini.Selain mudah untuk dimasak,resepi ini juga sangat sedap sehingga satu pinggan sahaja tidak cukup untuk anda.Ingin mencuba resepiĀ ini? Marilah ikuti langkah-langkah dibawah ini.

mee goreng daging

 

Bahan-bahan yang perlu dikisar atau tumbuk (tumbuk lagi sedap dan jangan terlampau halus):
8 ulas lada merah (ikut tahap kepedasan)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan belacan
1 sudu kecil udang kering
1 sudu besar ikan bilis

Bahan-bahan lain:
Sepeket mee kuning yang di cuci.
300 gram daging – dihiris nipis dan direbus bersama hirisan halia sehingga lembut
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap masin
sedikit garam dan gula
40 sen taugeh dan 2 ikat kucai dipotong 1 inci panjang

Cara-cara membuat:
1.Tumiskan kesemua bahan yang dikisar di dalam minyak yang panas
2.Apabila sudah garing,masukkan daging dan sedikit air rebusannya
3.Masukkan semua jenis sos dan kicap masin serta gula kemudian sehingga sebati
4.Masukkan mee kemudian kacau lagi
5.Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai
6.Angkat dan hidangkan

P/s:Resepi Mee Goreng Daging ini lebih sedap jika dimakan dengan hirisan lada,perahan limau kasturi dan bawang goreng.Selain itu,jika ingin rendam mee kuning,hendaklah direndam dengan menggunakan air panasa supaya kapurnya hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5