Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan (4-5 orang)

500g mi kuning
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
4 biji telur
1 mangkuk taugeh
Tauhu goreng
Garam
Minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
3. Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
5. Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap kalau ada hirisan limau nipis/kasturi dan cili.

OM: Susah nak dapatkan warna mi goreng mamak ni sebijik macam kat kedai mamak. Saya ada tambah sedikit perwarna coklat (browning essence).

20 Comments
  1. 6 years ago
    Lya

    oh la la sedap ni. kedai mamak dia byk pakai kicap kot sebab tuh warna dia gelap sket . agaknya lah

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau letak banyak sangat kicap, nanti rasa manis sangat. Tapi tak sure la kan mamak guna kicap apa.

      Reply
  2. 6 years ago
    titan

    hoho..aku memang cukup suka makan mee goreng mamak ni.. 🙂

    Reply
  3. 5 years ago
    haida zainal

    ni la 1st time, tengah cari2 resepi, jumpa yg 1st resepi, terus stop cari. Sebabnya gambar mee goreng mamak kat site ni nampak meyakinkan. Dan mmg sah la, sedappp. Nampak nyum2 seperti gambar

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Thank you. Cuba la nanti. 🙂

      Reply
  4. 5 years ago
    hariz

    serbuk kari?serbuk kari ape nak guna?ayam?udang?

    Reply
  5. 5 years ago
    NOOR HASIMAH BT MUHAMAD

    Saya sekeluarga adalah peminat mee goreng mamak. Tengok aje resepi ni terus nak buat.Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi.

    Reply
  6. 5 years ago
    kuntumirdina

    ni nak gi cuba ni…. nampak macam sodap ajo

    Reply
  7. 5 years ago
    kuntumirdina

    ah aku selalu keluar makan dekat kedai mamak tapi sedap betul mee goreng mamak

    Reply
  8. 5 years ago
    raja firdaus

    bini aku cakap SEDAP lepas aku masak td.. 🙂 thanks ye!!

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Sama-sama. Terima kasih kerana mencuba. 🙂

      Reply
  9. 5 years ago
    fazil nura

    nk try la,letak serbuk kari plakk..hehe

    Reply
  10. 5 years ago
    Nur Alia Ameera

    aku suka makan mi ni dengan ketupat lemang sate dan sos kacang . bila raya nak makan macam ni lah dan hari hari lain

    Reply
  11. 5 years ago
    al

    senang aja kalau nak warna dia macam mee goreng mamak yg macam
    kat kedai mamak tuuuuu!!!!!!!………………..
    caranya ialah:cuba perhatikan betul2 apa mamak tu buat…..
    dia tak basuh pon kuali selepas masak……..cuma bersihkan
    guna sudip……..jadi bahan hangus tadi boleh buatkan
    warna mee tuuuuuu keperangan sikit….dan pastikan api kuat sikit
    tapi kena kacau laju2………
    cubalah…….

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Betul jugak tu. Hehe. 🙂

      Reply
  12. 4 years ago
    adam

    wah..nmpk p0n best dh..nk p try rr

    Reply
  13. 4 years ago
    fir

    boleh cuba di rumah…

    Reply
  14. 4 years ago
    Lan

    Saya ni peminat mee mamak Tak pernah pulak tenguk mamak masukkan sos tiram.

    Reply
  15. 4 years ago
    manje syg..

    yummmmyyyy!!!!!…really like mee goreng mamak…..hmmmmm…lapar…

    Reply
  16. 2 years ago
    Aziz Jaafar

    Nk lgi sedap biasanya mamak letak kuah rojak..tu yg aku nampak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *