Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan (4-5 orang)

500 g mi kuning
100 g daging ayam
6-8 ekor udang
2 ekor sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar stok udang
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak

4 batang jagung muda
1/2 batang lobak merah
5 biji cendawan butang
4 biji tomato
1 cawan taugeh
4 biji cili padi (diketuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang, sotong dan ayam. Goreng selama 2 minit.
  3. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.
  4. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata. Kemudian masukkan mi dan taugeh.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional).

Sumber resepi: Myresepi dan Mesra.net

OM: Saya guna daging ayam dan udang je. Tak semua sayur dalam resepi ni saya guna. Saya letak sebagai cadangan je. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

12 Comments
  1. 6 years ago
    Aisumi Chan Kawai

    memang terbaeekkkk~

    Reply
  2. 6 years ago
    Shafiq Azman

    Amir, seriously nampak sedap! Nyum2..Nak itet…hahahaha

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau nak kena la datang Adelaide! haha. tgh cuti ni rajin update resepi. nanti bulan puasa susah sikit nak update.

      Reply
      • 6 years ago
        Asriyati

        @Amir Said, Assalamualaikum …Amir tinggal di Adelaide ya?…. saya kuliah di Adelaide dulu…dan tinggal di Modbury…di Macline house

        Reply
        • 6 years ago
          Amir Said

          Wslm. Haah saya study di Adelaide. Sekarang tinggal di Prospect. Akak study apa dulu?

          Reply
  3. 6 years ago
    adamfaiz

    Lama betul tak singgah… tetiba jadi lapar plak 🙂

    Reply
  4. 6 years ago
    Hans

    ohoiiiiiiiiiiiiii
    sedapnyaaaaaaaaaaa
    nak try la nanti

    Reply
  5. 6 years ago
    titan

    hoho..lapar. lapar aku dibuatnya..

    Reply
  6. 6 years ago
    suara hati ibu

    mmm…ni leh bt slh satu menu utk berbuka…hehhe…minta kongsi ye..sya nk copy kat blog sya…trm ksh..

    Reply
  7. 6 years ago
    Asilah Pet

    sedap….

    Reply
  8. 6 years ago
    jai nhar

    kenapa mee hailam lain sikit, dari yg biasa?…….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *