Resepi Dapur Malaysia

Resepi Mee Jawa

No Comments

Resepi Mee Jawa ok? Resepi ini berasal daripada masyarakat Jawa dan kini sedang merebak ke seluruh masyarakat di Malalaysia.Resepi ini sangat sedap kerana terdapat rasa yang unik di dalamnya sehinggakan Chef sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak menggambarkannya.Oleh itu,Chef ingin mengajar anda semua cara-cara untuk menyediakan resepi yang unik dan sedap ini.

mee jawa

 

Bahan-bahan:
2 paket mee kuning
300 gram tauge
200 gramm daging – direbus sehingga empuk (simpan air untuk stok)
5 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili padi (yang warna merah)v- dihiris
bawang goreng (agak-agak je)

Bahan untuk buat kuah:
4 biji keledek – direbus dan dilenyek
100 gram udang kering
3 camca serbuk kari
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam
Minyak masak

Cara-cara membuat:

1.Celurkan mee kuning dan tauegeh kemudian letakkan di tepi
2.Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, udang kering serta serbuk kari sehingga garing
3.Masukkan stok daging (air rebusan),keledek dan daging kemudian masak sehingga daging tersebut lembut
4.Masukkan udang dan garam kemudian dibiarkan sehingga ianya mendidih
5.Akhir sekli angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng
6.Sedia untuk dimakan

P/s:Resepi Mee Jawa ini perlu direndam meenya terlebih dahulu dan seeloknya menggunakan air panas supaya kapurnya hilang.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5