Resepi Dapur Malaysia

Resepi Mee Rebus Siam

No Comments

Resepi Mee Rebus Siam ok? Resepi ini sangat popular dalam masyarakat siam, manakala sekarang ini telah menular ke seluruh semenanjung Malaysia.Selain itu,resepi ini juga sangat sedap kerana terdapatnya kombinasi diantara rasa pedas dan sedikit manis.

Walaubagaimanapun,resepi ini tidaklah susah untuk dimasak,ianya hanya mengambil masa selama 25 minit sahaja.

mee jawa

Bahan-bahan yang perlu dicelur:

2 paket mee kuning
Taugeh (ikut banyak mana nak)

Bahan untuk buat kuah:
1 cawan udang geragau^ – direndam dan ditoskan
3 sudu besar udang kering^ – direndam dan ditoskan
300 gram daging – rebuskan sehingga empuk,tapi lebihkan air
2 setengah cm halia^
2 cm lengkuas^
2 batang serai^
8 ulas bawang putih^
2 biji bawang besar^
4 sudu besar penuh rempah kari ikan
6 sudu besar penuh taucu – jangan ambil air
1 kg keledek – direbus dan dilecek halus
sedikit kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
2 liter air rebusan daging dan kalau tak cukup guna je air biasa
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara-cara membuat:

1.Kisarkan bahan-bahan yang bertanda (^) kemudian campurkan dengan rempah kari ikan kemudian digaul sehingga rata. 2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tersebut hingga rempahnya garing dan sehingga naik aroma.
3.Masukkan daging, taucu, keledek yang dilecek,air rebusan daging, garam dan gula.
4.Masukkan kacang yang ditumbuk kasar dan dikacau sebentar kemudian sesuaikan rasanya dengan selera anda.
5.Biarkan kuah mendidih baru diangkat dan bolehlah dihidangkan.

P/s:Resepi Mee Rebus Siam ini lebih menarik jika ditaburkan daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi dan telur rebus.Selain itu,resepi ini perlulah ada rasa manis tetapi jangan terlalu manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5