Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan (4-5 orang)

500 gm mi kuning
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
6 cawan air
1 sup bunjut
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
3 biji telur
1 paket fish ball (bebola ikan)
1 paket fish cake
Ayam atau daging
2 biji tomato (dihiris)
1 batang lobak merah (dihiris)
Sayur sawi
Taugeh

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, sup bunjut, lada hitam dan ayam/daging. Reneh dengan api yang sederhana.
  3. Masukkan fish ball, fish cake dan lobak merah. Masukkan telur dan biarkan masak tanpa dikacau.
  4. Masukkan sayur sawi dan tomato.
  5. Siap untuk dihidangkan. Mi kuning hanya celur dengan air panas.
  6. Lebih sedap kalau ada sambal kicap, hirisan daun sup, bawang bawang dan limau nipis.

Kalau letak sayur sawi je pun dah ok sangat sebenarnya. Untuk sayur-sayur lain terpulang. Kalau tak nak letak pun boleh. Kat Aussie ni fish ball dan fish cake mahal. Jadi saya beli tauhu goreng je.

[WD_FB id="1"]
12 Comments
  1. 6 years ago
    Lord Zara

    Yummy!

    Nasib baik dah tulis awal2 mee rebus Terengganu kan?

    lalala~

    Reply
  2. 6 years ago
    Lya

    wow so sedap ni.rajinnya dia masak. clap2

    Reply
  3. 6 years ago
    fiD

    rajinnya bro !!!

    sape jadi isteri hang, mesti rileks tak ke dapur, hehe :))

    Reply
  4. 6 years ago
    FD

    ?!
    lama sangat tak datang sini… dah jd blog niche makanan pulak ?!
    haha

    Reply
  5. 6 years ago
    mancai

    mee rebus terengganu tak pernah lagi merasa… bookmark, nak try la buat nanti…

    Reply
  6. 6 years ago
    eiyda

    sedapnyaa..nyum3

    Reply
  7. 6 years ago
    titan

    hoho..banyak tol makanan kat blog ni..kalau lapar, leh la lepak ini selalu..

    Reply
  8. 6 years ago
    Adam Roslan

    Sedap. Dah boleh bukak kedai Mee Rebus dah.

    Reply
  9. 6 years ago
    imanyusof

    jarang orang tahu pasal mee rebus trengganu ni.masa sya di johor dulu pun saya singgah gerai makan dan ode mee rebus, bila sampai ode,saya ingatkan salah menu,rupanya mee rebus di sana x sama dgn kita yang kat trengganu.

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kat Johor, mee rebus dorang lain sangat. Kat negeri2 lain tak pasti plak.

      Reply
  10. 5 years ago
    emaria

    mee rebus terengganu sedap sangat… lagi2 bila makan masa panas, bila telur dah sebati dengan kuah…. huh, paling sedap. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *