Resepi Dapur Malaysia

Resepi Murtabak Maggie Mini

No Comments

Resepi Murtabak Maggie Mini ok ? Ini adalah antara resepi yang paling mudah untuk di masak.Selain mudah untuk dimasak,malah resepi ini juga sangat sedap.Bagi sesiapa yang belom merasai hidangan ini,Chef ingin mengajar anda cara-cara untuk menyediakan resepi yang superb ini.Hari-hari makan maggi rebus apa salahnya sekali-sekala menukar hidangan kan?

murtabak maggie mini

 

Bahan-bahan:
5 peket maggie – direbus mee sahaja
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji telur
1 batang lobak
Dada ayam yang telah dipotong dan bebola ayam secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
5 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang

Cara-cara membuat:
1.Bersihkan dada ayam serta bebola ayam dan potong ke semuanya menjadi ketulan kecil kemudian Kupas semua bawang serta racik sehingga halus.Selepas itu , bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil .
2.Bersihkan daun bawang dan daun sup serta diracik halus juga .
3.Rebus mee maggi sampai kembang dan tos kemudian ketepikan dulu.Lepastu,panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai menjadi layu dan wangi
4.kemudian terus masukkan isi ayam serta dikacau , masukkan bebola ayam , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak .
5.Masukkan sepeket serbuk perisa maggi kemudian kacau sampai sebati.
6.Masukkan semua mee maggi dan tepung jagung , kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni .
7.Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau lagi kesemua bahan supaya menjadi mesra dan rata .
8.Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat antara satu sama lain.
9.Akhir sekali, panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ini sehingga masak .
10.Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .

P/s:Resepi Murtabak Maggie Mini lebih sedap jika diisi kesemua serbuk maggie tersebut.Selain itu,jangan masak terlalu lama kerana takut telurnya terlampau garing dan hangus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5