Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nangka Masak Lemak Ikan Masin

No Comments

Resepi Nangka Masak Lemak Ikan MasinĀ ok? Resepi ini kerap dijumpai pada musim kenduri sahaja,tetapi takdelah sampai susah untuk dicari ketika hendak dimakan.Selain itu,resepi ini juga amat sedap kerana rasanya yang berlemak , pekat serta pedas.

Resepi ini juga amat popular dalam kalangan masyarakat melayu.Oleh itu,Chef akan ajarkan anda cara-cara untuk menyediakan hidangan ini.

nagka masak lemak ikan masin

Bahan-Bahan:
Setengah kilo nangka muda – bersihkan kemudian dicelur
ikan masin – ikut suka banyak mana
10 tangkai cili padi (atau ikut suka) – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk
4 biji bawang merah – ditumbuk
1 inci kunyit – ditumbuk halus
1 biji santan pekat
sedikit garam,gula dan ajinomoto
2 batang serai – diketuk

Cara-cara membuat:
1.Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk sedikit lumat kedalam periuk yang telah dimasukkan santan dan sedikit air
2.Masaklah sebentar bersama serai
3.Jika sudah mendidih masukkan ikan masin bersama nangka dan perasa
4.Masak sehingga nangka dan ikan masin sedikit empuk.
5.Sedia untuk dihidang

P/s : Resepi Nangka Masak Lemak Ikan Masin sesuai dimakan bersama nasi putih mahupun diratah begitu sahaja.
Selain itu,jangan masak terlalu lama kerana takut nangka tersebut menjadi terlalu lembik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5