Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Ayam

No Comments

Resepi Nasi Ayam ok? Terdapat sebanyak 90% rakyat Malaysia yang amat menyukai nasi ayam tidak kira bangsa dan agama.Ini dapat dibuktikan apabila sebanyak 50% premis makanan yang menjual nasi ayam dapat menghabiskan beratus-ratus bungkus nasi ayamnya pada satu hari sahaja.

Akan tetapi tidak semua premis yang menjual nasi dapat memikat selera pelanggannya kerana kadang-kadang ada segelintir penjual yang masakannya kurang enak dan tidak menepati citarasa pembeli.Oleh itu,Chef akan ajarkan anda semua cara untuk memasak nasi ayam  yang dapat menepati citarasa anda,

resepi nasi ayam

Bahan-bahan:
Bahan untuk ayam (direbus):
1 ekor ayam – dipotong 8
4 ulas bawang putih – tumbuk halus
2cm halia – tumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk resepi ayam (diperap) :
1 sudu besar setengah kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia – tumbuk halus
4 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 sudu besar kicap cair
Sedikit madu

Bahan untuk nasi:
3\4 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam (ikut banyak mana beras)
3 sudu besar butter
1 cm halia – tumbuk halus
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang^
4 buah pelaga^
1 kayu manis^
1 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

bahan untuk masak sup ayam sedap

Bahan untuk sos:
10 biji cili merah (ikut tahap kepedasan)
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
setengah cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup ayam:
Air rebusan ayam
1 biji setengah bawang besar – dikisar
sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang – dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara memasak:
Untuk ayam:
goreng ayam nasi ayam

1.Bersihkan ayam yang telah dipotong,toskan air dan lumurkan ayam tersebut dengan 3 ulas bawang putih dan halia yang telah diketuk.
2.Kemudian rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3.Angkat ayam kemudian perap bersama bahan perapan selama 2 jam.
4.Goreng ayam tersebut dengan menggunakan api sederhana kemudian angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi:

tumis nasi ayam
1.Basuh beras kemudian toskan airnya.
2.Panaskan butter dan tumiskan rempah yang perlu ditumis(^),daun pandan,serai,halia serta bawang putih hingga garing.
3.Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik bau dan masukkan air rebusan ayam,garam dan kunyit secukupnya. kemudian masak nasi seperti biasa.

Untuk sup:

resepi sup ayam mudah dan sedap siap
1.Rebus air rebusan ayam dengan sup bunjut,bawang besar dan masukkan garam secukup rasa
2.Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos:
1.Kisarkan kesemua bahan yang berada di atas.
2.Masak sebentar untuk pecahkan rasa cili dan masak sehingga naik baunya.

Untuk kuah kicap:
1.Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak di dalam kuali selama 3 minit kemudian sedia untuk dihidangkan.

Akhir sekali sedia untuk dihidangkan.

P/s: Resepi Nasi Ayam lebih sedap jika dimasak dengan ikhlas dan teliti.Selain itu,jika inginkan ayam yang sedap,anda perlu memerap nya dengan lebih lama.

perap ayam selama 2 jam
P/s/s: Tips terbaru daripada Chef, kalau nak perapan mudah masuk dan ayam menjadi lembut, pastikan sebelum perapan, anda toss ayam selama 2 jam. Tutup dengan kain atau boleh toss dalan bekas dan letakkan dalam peti sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5