Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Goreng Cina

No Comments

Resepi Nasi Goreng Cina ok? Nasi goreng cina dapat dilihat dalam kegunaan rencah asasnya. Selain bahan tumisan seperti bawang, nasi goreng cina juga ada yang dimasak dengan menggunakan rencah kicap cair , stok ikan, minyak bijan, halia atau lain-lain bahan. Disamping itu , telur juga menjadi sebahagian daripada rencah lazim bagi nasi goreng cina.

nasi goreng cina

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 sudu makan mentega
Minyak masak – secukupnya
Minyak bijan – secukupnya
5 ulas bawang putih – ditumbuk
5 ulas bawang merah – dihiris
Dada ayam – potong kecil-kecil
Udang – secukupnya
1 sudu makan lada sulah – ditumbuk
2 biji telur

Bahan-bahan untuk membuat sayur:
Sedikit lobak – dipotong dadu
5 biji cili padi – hiris
Kubis – dihiris panjang
Daun bawang – dihiris halus

Cara-cara untuk membuat:
1.Capurkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga sebati.
2.Kemudian , panaskan minyak masak bersama minyak bijan dan tumis bawang putih,bawang merah serta masukkan ayam dan juga lobak.Selepas itu,masukkan sedikit air untuk mengelakkan bawang dari hangus.
3.Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Kemudian, ketepikan semua bahan lalu tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul-betul masak, jika nampak terlalu kering bolehlah tambah minyak.
4.Masukkan garam serta gula.Kemudian masukkan nasi yang telah digaul bersama mentega tadi dan Kacau sampai sebati.
5.Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan juga daun bawang serta kacau sampai rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api.
6.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Nasi Goreng Cina lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan stok ikan.Selain itu,kalau nak sedap makanlah dalam keadaan masih panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5