Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

No Comments

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin ok? Menu ini antara menu yang sering mendapat tempahan di restoran-restoran khususnya restoran mamak.Ini kerana,resipi ini sangat sedap kerana terdapat rasa pedas dan juga masin.Disamping sedap,menu ini juga sangat mudah untuk di masak.Sila rujuk di bawah untuk belajar cara-cara membuat hidangan ini.

nasi goreng ikan masin

Bahan-Bahan:
5 cawan nasi sejuk – leraikan
Isi ikan tenggiri masin (ikut la jangan banyak sangat) – dipotong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
2 biji telur dipukul (sikit je)
2 pokok sawi bok choy – siang berasingan batang dan daunnya kemudian cuci dan toskan
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dihiris

Cara Memasak:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau,Selepas itu,masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili menjadi garing.
2.Selepas itu, tambahkan sos tiram dan isi ikan masin tenggiri kemudian kacau sampai sebati dan masak sekejap.
3.Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
4.Masukkan batang sawi, kemudian masak sekejap dan tolak ke tepi kuali.
5.Masukkan telur dan biarkan telur mengental kemudian kacau sehingga hancur.
6.Gaul rata dan masukkan nasi.
7.Besarkan api dan kacau sehingga rata.
8.Akhir sekali,tambah daun sawi kemudian kacau lagi dan masak sekejap.
9.Bolehlah dihidangkan.

P/s : Resepi Nasi Goreng Ikan Masin lebih akan menjadi lebih sedap jika di makan bersama petai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5