Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Goreng Kampung

No Comments

Resepi Nasi Goreng Kampung ok ? Nasi goreng ini dimasak dengan pelbagai cara,dalam kata erti lain , lain orang lain cara masakannya.Oleh itu,jika kita makan di sesebuah restoran masakannya tak sama seperti restoran yang kita pernah pergi sebelumnya.Selain itu, nasi goreng juga turut dikenali dengan kepedasannya yang menyengat kerana penggunaan cili padi yang banyak dalam masakan.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak restoran itu sendiri.

nasi goreng kampung

Bahan-bahan yang diperlukan:
4 atau 5 cawan nasi sejuk – dileraikan
1 cekak kangkung – di siang dan cuci sampai bersih kemudian toskan
3 tangkai kacang panjang – di potong kecil
Dada ayam – dihiris kecil, cuci kemudian ditoskan
1 biji telur – dipukul sedikit
1 biji bawang besar – dihiris sedikit

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk halus:
5 biji bawang merah – dipotong kecil dahulu
4 ulas bawang putih – dipotong kecil dahulu
15 biji cili padi merah – dipotong kecil dahulu
1 sudu makan ikan bilis – dicuci dan direndam sekejap
Secubit belacan
Minyak secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk halus sehingga naik bau.Kemudian,masukkan isi ayam dan kacau sehingga sebati.
2.Masak sehingga isi ayam sehingga berubah warna, masukkan kacang panjang , bawang besar, kacau dan masak sekejap. 3.Tolak ke tepi kuali dahulu,kemudian tuang telur, masak sekejap dan kacau sampai menjadi telur hancur dan gaul sehingga rata.
4.Selepas itu,tambah garam secukup rasa,masukkan nasi.Kemudian,gaul sehinga sebati dan masukkan kangkung.
5.Akhir seklai,gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
6.Jika rasa sudah ok, bolehlah dihidangkan.

P/s:Resepi Nasi Goreng Kampung ini lebih sedap jika dihidang bersama telur dadar dan juga ulam seperti petai dan sebagaiya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5