Resepi Nasi Kerabu

Resepi Nasi Kerabu kelantan kaw. Resepi ini diambil daripada nenek saya yang berasal dari kelantan, resepi turun-temurun.

Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang

15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
3 batang serai – diketuk
2 sudu minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula

Bahan-bahan (ulam kerabu)

Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang
Taugeh

Bahan-bahan (nasi)

Beras
Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

Bahan-bahan (ikan)

4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Garam dan gula

Bahan-bahan (kerisik)

Kelapa parut

Cara-cara

  1. Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
  2. Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.
  3. Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.
  4. Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
  5. Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.

Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.

Untuk yang berada di luar negara, tak semua bahan boleh dapat. Tapi boleh guna alternatif lain seperti ikan tuna / sardin ganti ikan kembung.

23 Comments
  1. 6 years ago
    eiyda

    wah..banyaknyer kena buat..heee..

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau buat sorang2, memang menguji kesabaran la. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. 6 years ago
    Azah

    waah birunya nasi.. ak makan nasi kerabu kat sini x de plak biru macam tu. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Sepatutnya biru keunguan tapi kalau guna pewarna biru, inilah hasilnya. Hehe. Maybe kena kurangkan sikit pewarna biru tu.

      Reply
  3. 6 years ago
    Azah

    okay, baru perasan… nais kerabu ni special sbb pakai belacan, x pakai budu. huhu

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Budu sepatutnya ada dalam resepi ni, cuma dalam gambar ni takde budu sebab tak sempat nak beli budu.

      p/s: kat bawah tu saya ada tulis budu perah limau nipis. ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. 6 years ago
    Myana

    sdp nye…
    nk try, walaupun i x mkn bean sprout ๐Ÿ˜‰

    Reply
  5. 6 years ago
    missNick

    my feveret food sepanjang zaman la ni hehe

    Reply
  6. 6 years ago
    Myana

    salam abg amir,

    blh x bg resipi ”Rainbow Cake with Choc Ganache”

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Wslm dik. Tak de lah. Tak pandai lagi buat kek. ๐Ÿ™‚

      Reply
      • 6 years ago
        Myana

        lorr..yke, klu abg pndai wat msti sdp
        ok klu dh pndai jgn lupe share ๐Ÿ˜‰

        Reply
        • 6 years ago
          Amir Said

          InsyaAllah. nanti saya belajar buat. kalau dah pandai baru boleh share resepi. ๐Ÿ™‚

          Reply
  7. 6 years ago
    Paksu-IT

    awat nasinye wane biru.. huhu….

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Pewarna ni kaler biru muda. So jadi macam ni. Hehe.

      Reply
  8. 6 years ago
    yanna

    wow…sume bahan2 ni ada kat australia ke? daun2 bagai tu

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Alhamdulillah, daun-daun tu semua ada kat Asian Grocery. ๐Ÿ™‚

      Reply
  9. 6 years ago
    eqbalzack

    salam,
    cuti raya dah abes…masa utk pulun buat manuscript…hehe

    Reply
  10. 5 years ago
    MissZ

    kalo nasi kerabu warna kuning pon sedap jagk…hehehe

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Saya tak pernah cuba lagi. ๐Ÿ™‚

      Reply
  11. 5 years ago
    mashitah

    assalamualaikum… wahhh i like nasi kerabu..mitak ckit buleh?

    Reply
  12. 5 years ago
    Anonymous

    Tak sEDAK

    Reply
  13. 4 years ago
    Aishah NOh

    emmm mang trcari2 ni nk cba buat .,….sdap sesekali tkar msak yg nii lak ???

    Reply
  14. 3 years ago
    domain

    You ought to be a part of a contest for one of the highest quality sites on the net.
    I will highly recommend this site!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *