
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang
12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-cara
- Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
- Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.
- Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (30-60 minit).
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
- Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

DM: Resepi ibu saya.
perghhh! terbaekkk laa! ^__________^
Belum pernah try masak nasi lemak lagi, tapi suka makan…
huhu dah lama gilaaa tak eat nasi lemak. diet punya pasalll.
sedapp nye =D bru je pgi tdi mkn nsi lmak
hihi
nyumnyum..adiela singgah cnie and tengok gambar nasi lemak nie,teros lapar..ngee~
sedapppppp
wahh sedapnya…lapar2…heeee
sedap nye..lapar la malam2 gni…
nmpk sedap!hihi
Hey… saya baru tahu Nasi Lemak… ndak pake sayur yaa…
((((( Radio Internetne Nak Bali )))))
wow ! sedapnye ! dah la belum mkan lagi nie !! huhuhu…
Pergh! Nasi lemak terbaik pernah saya makan kat TTDI Jaya Shah Alam. Nasi lemak pak ayob.
nampak sedap lah pulak
Belum sarapan ni….
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
haduuu.. sedap plak tgok nasi lemak ni.. aku suka nasi lemak tp tak geti nak masak!
tak elok sgt makan hari2 lebih-lebih lagi yang tak suka bersenam
dah lamer xmkn nasik lemak city garden….hmm,mkn x hengat…hi3x
Terbaik der resepi tu. Boleh try nati walaupun tak pernah buat nasi lemak. Janji resepi ade. Asek makan kat kedai je sebelum ni.
fuhh..mesti ramai cari resipi nih..
blh tak nak tukar santan dgn susu ideal?hihi…
Boleh je nak ganti dengan susu ideal, tapi maybe kurang rasa lemak la. Cuba la dulu, saya pun tak pernah try guna susu.
nape nasi dia xde halia?
Maaf, saya terlupa nak letak halia dalam senarai bahan-bahan. Sila tambah 3-4 hirisan halia.
sedapnyee…terbaekk la bro amir
sedap sangat walaupun pertama kali buat
best!! nak try jap g!! tense gila study
nasi dia sbiji2 x..sy nye sambal perhh tapi nasi saya x pernah nk menjadi sgt..biasa nye kalu nasi lemak sebijik2..lagi sedap kan dari dari nasi yg lembut..?
Kadang2 nasi saya pun lembik sikit. Maybe terlebih santan. So kena pandai adjust la. Mak saya biasanya masak guna periuk atas api. Saya masak guna rice cooker.
kenapa saya masak nasi tapi bau hangit…
Masak atas api ke? Kena guna api yang kecil je. Dan selalu tengok2 dan kacau la supaya bahagian bawah tak berkerak.
msti sdp gila kannnnnnnnnnn
dah masak, kenyang sedap terima kasih
)
Saya masak nasik lemak tambah bijik halba dalam setengah sudu kecil..baunye lagi sedap,n menyelerakan..tryla..cumenye santan tu mcm susah kan nak adjust,slalu nasik jadi sebijik2,saya tak suka..
Tak pernah cuba lagi letak halba. Next time boleh cuba.
Biasanya nasi dagang letak halba.
nasi lemak paling pergh……………….
macam2 lauk ada
sambal sotong, ayam , bilis ,ikan ,kerang, udang cakap jer nok mende aq blanje tpi awok mg bayo arh
untuk sivik
oooo.saya pun untuk sivi juga
letak bunga cengkih bleh k? xsuree..
Boleh je. Tapi kalau saya, tak letak kot. Saya lagi suka bau aroma daun pandan.
Aku nak masak untuk ifthar hari ni
I trust your recipe Amir haha.
Haha. cuba la. cili kisar tu tumis lama2 sikit lagi sedap.
hai bulan puasa nie x leh tengok makanan