Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas

No Comments

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas ok? Nasi minyak hujan panas amat sukar untuk dijumpai kerana ianya agak sukar untuk dimasak.Selain  itu,apabila ianya sukar untuk dijumpai kita juga tidak akan ada peluang untuk memakannya.Oleh itu, sebelum air liur korang meleleh Chef akan ajarkan cara untuk memasak resepi ini dibawah.

hujan panas

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmati
Air secukup rasa
2 kiub ayam
3 helai daun pandan
pewarna merah,kuning dan hijau

Bahan-bahan tumis:
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
Sebiji biji bawang besar
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan-bahan hiasan:
bawang goreng
kismis
gajus

Cara-cara membuat:
1.Cuci beras dan rendam selama 10 minit kemudian toskan
2.Hiris halia senipisnya dan potong semua jenis bawang
3.Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan tumisan sampai naik bau
4.Masukkan beras dan gaul sehingga sebati
5.Masukkan air,kiub ayam dan daun pandan
6.Masak nasi sehingga nasi itu masak
7.Bila nasi sudah kering,letakkan 1 hingga 2 titik untuk setiap pewarna kuning,merah dan hijau ditempat yang berasingan.
8.Bila sudah masak,gembur-gemburkan nasi tersebut.
9.Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kisms.

P/s:Resepi Nasi Minyak Hujan Panas lebih sedap jika dimakan bersama rendang daging atau ayam sambal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5