Resepi Dapur Malaysia

Resepi Nasi Tomato

No Comments

Resepi Nasi Tomato sangat popular dan diminati ramai.Selain mudah disediakan.Resepi nasi tomato ini juga menjadi makanan untuk jamuan dan kenduri.

image

Untuk 5 orang makan
Bahan A : untuk nasi
2 pot beras
2 sudu besar tomato puri
1 labu bawang besar (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ketul kiub pati ayam
1 cm halia
Beberapa biji bunga lawang , kulit kayu manis , buah keras.
Planta (untuk menumis)
Garam

Bahan B : untuk ayam masak merah
1 ekor ayam
6 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 batang serai (dititik)
1 ketul kiub pati ayam
Perasa secukupnya

Cara membuat Bahan A:

1.Basuh beras bersih-bersih dan toskan airnya.

2.Tumiskan bawang besar bawang putih , buah keras , kulit kayu manis , bunga lawang , halia dan planta sehingga naik bau , kemudian masukkan tomato puri dan tumis sehingga masak.

3.Masukkan beras dan kacau rata , tambahkan perasa dan masukkan air secukupnya untuk masak beras (masukkan ke dalam periuk nasi)

Cara membuat Bahan B :

1.Gorengkan yam separuh masak dan ketepikan.

2.Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

4.Masukkan sos tiram , sos cili , tomato puri juga garam , gula dan perasa secukup rasa.

5.Masukkan ayam kedalam tumisan yg kita masak tadi dan masukkan juga serai yg dititik.

6.Setelah ayam masak, hidangkan dengan nasik tomato.

P/s:Nasi tomato juga boleh dihidangkan bersama acar timun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5