Resepi Dapur Malaysia

Pajeri Nenas

No Comments

 

pajeri nanas

Pajeri nenas merupakan masakan melayu tradisi yang istimewa kerana kuahnya yang pekat dan berempah lagi enak, merupakan sajian yang wajib dicuba!

Bahan-bahan:

1 biji Nenas – dikupas, dibuang kulit dan dipotong bulat
2 biji terung panjang – dibelah dua
2 biji cili merah – juga dibelah dua
2 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga
250 ml santan pekat
5 sudu makan gula
garam sedikit rasa
air secukupnya

Bahan-bahan ( kisar ):

5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan serbuk kari ikan

Cara menyediakannya:

1.  Panaskan minyak di dalam periuk – tumiskan bahan seperti bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

2. Masukkan sedikit air, biarkan seketika – kemudian masukkan nenas, terung, dan juga cili – renehkan sehingga ianya lembut ( jangan terlalu banyak mengacau , supaya buah tidak hancur).

3. Setelah itu masukkan santan , gula dan garam – masak sehingga kuah pajeri pekat. Anda boleh hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba dan share juga kepada rakan-rakan anda resepi pajeri nenas ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5