Resepi Pasta Bakar

Bahan-bahan (5-6 orang)

250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)
300 g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 biji lobak merah – dipotong dadu
1 batang seleri – dipotong dadu
250 g tomato puri
250 g sos tomato
Garam dan lada hitam
Minyak untuk menumis
Mozzarella cheese
1 biji telur

Cara-cara

  1. Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
  5. Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
  6. Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
  7. Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.

[WD_FB id="1"]
20 Comments
  1. 5 years ago
    aisumi chan kawa'i

    wow! boleh cubaa~

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Selamat mencuba. 🙂

      Reply
      • 5 years ago
        badiya

        bileh x kalau kita bakar guna dapur biasa x guna oven?

        Reply
        • 5 years ago
          Amir Said

          Saya tak tau apa nama benda tu. Tapi biasanya orang2 kat kampung guna kotak hitam tu untuk bakar2 kuih. kalau yang tu boleh je guna nak bakar pasta.

          Reply
          • 2 years ago
            Kak J

            boleh jugak ke guna kotak itam tuh??

  2. 5 years ago
    samanosuke_04

    w00t, nampak senang! hehe, memang dah biasa masak spagetti senanye.. kiranya langkah tambah = letak telur + cheese je lah kan? hehe, bleh try nie..

    dah faveretkan page nie 😀

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      haah. tambah telur dan cheese pastu bakar je. baked pasta ada banyak jenis. ada jugak yang guna sos bechamel instead of guna sos pasta.

      Reply
  3. 5 years ago
    akhiyy

    adoii..baru ingat nak try tapi tengok kat dapur banyak barang nak kene beli..tangguhkan je lar..

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Nanti dah cukup bahan boleh la buat. Selamat mencuba.

      Reply
  4. 5 years ago
    mama aini

    Thanks share resepi pasta bakar ni.. 🙂 biasanya mama buat pasta goreng je..hu2x.. ehem pandainya masak !!..

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Sama-sama mama. Saya biasanya buat pasta biasa je. hehe.

      Reply
  5. 5 years ago
    aminajannah

    uhh..sy selalu buat makaroni..tp xpnh lgi tmbh telur ni…balik cuti sem nk buat~ psstt:: pndai masak..bertuah bakal zaujah..

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Saya letak telur nak bagi pasta melekat je. 🙂

      Reply
  6. 5 years ago
    kasmawati

    wow………cedapnyer…nk try jugk laa…

    Reply
  7. 5 years ago
    badiya

    rasanya kalau add mayonis lg ummmph….

    Reply
  8. 4 years ago
    noazila binti sairon

    wah boleh tahan juga nk buatlah

    Reply
  9. 4 years ago
    cik siti

    ingatkan perempuan yang masak, rupanya lelaki. Keh keh tabik spring sikittt 😀

    Reply
    • 4 years ago
      Amir Said

      Hehe. terima kasih. 😀

      Reply
  10. 4 years ago
    qistina

    AWESOME….!!!! tq for share the easiest recipe with us…Merci

    Reply
  11. 3 years ago
    sara aqilla

    assalam.. boley x klo instead of bake da pasta, kita kukus?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *