Resepi Dapur Malaysia

Resepi Pengat Ubi Kayu

No Comments

Pada zaman jajahan British , ubi kayu merupakan makanan utama penduduk Malaya . Tetapi pada masa kini , ubi kayu telah diolah menjadi makanan yang lebih enak yang dinamakan sebagai pengat ubi kayu . Resepi pengat ubi kayu sangat sedap jika dimakan ketika panas . Ianya juga sangat mudah untuk dibuat .
pengat
Bahan-bahan:
400 gm ubi kayu yang direbus empuk
1 cawan santan pekat
3/4 air gula melaka
1 helai daun pandan
Gula pasir

Cara membuat:
1.Masukkan air dalam periuk.
2.Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan air tadi dan tambahkan sedikit garam.
3.Biarkan mendidih hingga empuk dan toskan ubi kayu telah empuk.
4.Masukkan santan , gula melaka , daun pandan , ubi kayu yang telah di rebuskan dan gula kedalam periuk.
5.Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.
6.Siap dan hidangkan

P/s : Resepi Pengat Ubi Kayu lebih sedap dihidangkan bersama sedkit pulut untuk penambah selera.Lebih menyelerakan jika dihidang bersama air Sunquick .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5