Resepi Dapur Malaysia

Resepi Peria Katak Goreng Telur

No Comments

Tahukah anda semua bahawa peria katak boleh menjadi ubat kencing manis? Nenek Moyang kita telah menjadikan peria katak sebagai makanan harian dan penawar kepada sakit kencing manis dan mereka sendiri menyatakan bahawa ianya sangat berkesan.

Jadi, hari ini kita ingin berkongsi resepi Peria Katak Goreng Telur yang sedap dan sangat bagus untuk pesakit kencing manis kerana sayuran peria itu sendiri dan kandungan protein yang tinggi dalam telur.

resepi peria katak goreng telur

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rachael Ray, profesor pathology dari Saint Louis University, pengambilan peria katak berterusan dapat membunuh dan menyekat sel kanser. Peria mengandungi phytochemicals, lutein, lycopene dan glycostat. Ia sangat berkesan dalam  mencuci darah, membuang toksin dan menyebabkan badan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Bahan-bahan

3 biji peria katak
3 biji telur
3 biji bawang putih ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (terpulang nak lebih atau kurang, ikut kepedasan)
1 biji lada merah dihiris nak lagi pedas boleh tambah cili api.
1 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

1. Langkah pertama kita perlu potong peria kepada 2 bahagian, buangkan bijinya dan hiris nipis-nipis.
2. Rendamkan dalam air garam atau air cuka selama 25 minit bagi  menghilangkan pahitnya. Kemudian rendam dengan air bersih selama 10 minit.
3. Panaskan minyak, tumiskan semua bahan tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
4. Boleh tambah ikan bilis atau udang kering sebagai pilihan.
5. Selepas naik pecah minyak, bolehlah masukkan peria yang sudah dibilas, gaul dan gaul sebentar, kemudian masukkan 3 biji telur dan gaul lagi dan goreng sehingga masak.
Resepi Masakan Peria Katak goreng telur ini sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas. Makan dengan ayam goreng, ikan goreng, dan boleh dijadikan sebagai ulaman. Okay jangan lupa share resepi yang menyihatkan ini ya. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5