Resepi Dapur Malaysia

Resepi Perut Lembu Masak Lemak Cili Api

No Comments

Resepi Perut Lembu Masak Lemak Cili Api ok? Resepi ini sangatlah sedap sehingga dapat menyentuh kalbu anda.Bagi peminat dan penggemar perut lembu,baginya tidaklah sukar untuknya memasak hidangan yang lazat ini.Walaubagaimanapun,tidak semua orang yang boleh memasak hidangan ini kerana mereka tidak dapat hilangkan rasa hanyir atau bau yang tidak menyenangkan yang datang daripada perut lembu tersebut justeru membuatkan masakan itu jadi tidak sedap.Oleh itu,Chef ingin ajarkan anda cara-cara untuk memasak hidangan ini supaya masakan anda lebih sedap,berlemak malah padu.

perut lembu

Bahan-bahan:
1 kilo perut lembu – Rebus terlebih dahulu kemudian direbus dan ditoskan
2 inci kunyit hidup – dikisar
10 biji lada (nak lebih pon boleh) – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
2 batang serai – diketuk
i biji santan segar
Garam,gula dan ajinomoto
1 helai daun kunyit – dicarik
nenas – dipotong ikut suka

Cara-cara membuat:
1.Masukkan bahan yang dikisar bersama sedikit air dan santan kedalam periuk dan biarkan seketika.
2.Masukkan serai dan daun kunyit kemudian masak sehingga sedikit mendidih.
3.Kemudian masukkan perut lembu dan nenas serta kacau sehingga sebati dan menggelegak.
4.Bila semua rasa sudah ok,bolehlah disediakan.

P/s : Resepi Perut Lembu Masak Lemak Cili Api lebih sedap jika anda gunakan perut muda (yang panjang-panjang tu).Selain itu,makanlah bersama nasi yang panas barulah padu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5