Resepi Dapur Malaysia

Resepi Pisang Berkeju

No Comments

Resepi Pisang Berkeju ok ? Seperti yang anda semua tahu , pisang goreng cheese sangat sedap apatah lagi popia pisang berkeju . Chef yakin bahawa resepi ini mampu membuatkan anda terangkat apabila memakannya.Selain itu , cara untuk membuat hidangan ini sangat lah mudah dan mengambil masa selama 5 minit untuk penyediaan dan 15 minit untuk memasaknya.Oleh itu , apa tunggu lagi ? jom kita cuba resepi ini skearang juga.

popia pisang berkeju'

Bahan-bahan:
1 sisir pisang emas
Kulit popia
Sedikit marjerin
1 mangkuk keju mozarella
1 biji telur – dipukul

Cara-cara membuat:
1.Belahkan pisang kepada 2 bahagian dan ketepikan.
2.Bentangkan kulit popia kemudian letakkan marjerin , pisang dan keju mozarella.Selepas itu , gulng dan balutkan popia dengan kemas, jangan lupa gamkan bahagian hujung popia dengan telur.
3.Goreng dengan menggunakan api perlahan.
4.Angkat dan toskan kemudian , taburkan keju mozarella di bahagian atas popia.
5.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Popia Pisang Berkeju lebih sedao jika dihidangkan ketika ianya berada dalam keadaan yang masih panas.Selain itu,kalau mahukan rasa yang lebih sedap dan mearik , anda boleh taburkan sedikit atau banyak coklat chip dia atas pisang sebelum menggulungnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5