Resepi Dapur Malaysia

Resepi Piza Roti

No Comments

Resepi Piza Roti ok ? Kalau kita nak buat piza yang gunakan doh agak susah kan ? so , kali ini Chef ingin ajarkan anda semua cara-cara untuk membuat piza yang sangat mudah dan yang penting sangat sedap.Resepi ini mudah kerana ianya hanya perlu gunakan roti sahaja sebagai bahan utama.Selain itu , anda tidak perlu risau kerana masa yang perlu diambil hanya 40 minit sahaja termasuk masa penyediaan dan masa untuk memasak.

roti pizza

Bahan-bahan:
8 keping roti sandwic
1 tin sos tomato puri
Keju cheddar – diparut
4 keping keju cheddar
5 ketul sosej – direbus
1 keping dada ayam – dipotong kecil
5 biji cendawan butang
1/2 biji capsicum kuning – dihiris

Cara-cara membuat:
1.Rebuskan ayam seketika.
2.Susunkan roti diatas loyang dan renjiskan sedikit air supaya roti tersebut kekal lembut.Kemudian tekan-tekan roti dengan menggunakan tangan.
3.Sapukan tomato puri di atas kepingan roti tadi.
4.Letakkan lada benggala,cendawan butang,ayam dan sosej yang dipotong kecil kemudian letakkan kepingan keju dan parutan keju cheddar.
5.Akhir sekali,panaskan ketuhar dan bakarkan pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

P/s:Resepi Piza Roti lebih sedap dan senang untuk dimasak jika anda kukuskan rotinya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam loyang.Ini kerana,bagi memastikan roti tersebut kekal lembut.Selain itu , jangan bakar terlalu lama kerana takut rotinya hangus dan terbakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5