Resepi Dapur Malaysia

Resepi Popia Basah

No Comments

Resepi Popia Basah adalah hidangan yang sangat sedap walaupun cara penyediaan yang rumit.Resepi ini juga menjadi kegemaran ramai untuk hidangan petang.
popia
Bahan-bahan untuk kulit: (12 kpg)
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti(boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis – dihiris halus
3 biji sederhana besar carrot – dihiris halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara membuat:
1.Kisar bawang besar , bawang putih dan udang kering.
2.Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi , kemudian masukkan sos tiram dan garam.
3.Kemudian masukkan sayuran dan masak seketika.

Bahan untuk sambal:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam
perasa
bawang goreng

Cara:
1.Kisar cili kering , bawang besar dan bawang putih.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
3.Masukkan kicap , gula perang , garam dan perasa.

Cara seterusnya:
1.Campurkan kesemua bahan untuk kulit ke dalam mangkuk adunan, gaulkan , kemudian tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 1/2jam.
2.Ambil sejemput dan tuang ke atas kuali leper.
3.Buat dari arah jam , mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
4.Setelah rata , biarkan sampai tepung masak sebentar.
5.Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6.Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal dan letak satu sudu besar inti dan tabukan bawang goreng.
7.Lipat macam biasa dan gulung.
8.Sedia untuk dimakan.

P/s :Popia Basah

Bahan untuk kulit: (12 kpg)

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis – diricih halus
3 biji sederhana besar carrot – disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:

Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu. ( kita tak masak sayur sampai layu , kita suka sayur yg crunchy…)

Bahan untuk sambal:

15 tangkai cili kering – kita letak 3-4 je (pantangggg pedassss)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

Cara:

Blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

CARA SETERUSNYA:

1. Campurkan kesemua bahan utk kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
4. Setelah rata – bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal dan letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
7. Lipat macam biasa dan gulung.
8.Sedia untuk dimakan.

P/s:Resepi Popia basah ini boleh menggunakan pelbagai jenis sayuran yang lain dan boleh disediakan mengikut citarasa sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5