Resepi Dapur Malaysia

Resepi Potato Wedges Ala KFC

1 Comment

Resepi Potato Wedges Ala KFC merupakan kentang paling hangat didunia kerana ianya sedap dan boeh dibeli di KFC tetapi juga sangat mudah disediakan dirumah.

image

Bahan-bahan:
Kentang (sebanyak yang diperlukan untuk makan)
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam

Cara Membuat:
1.Kentang direndam di dalam air panas 2minit dan potong kentang seakan kentang KFC (kalau tak buang kulit pun boleh).
2.Rebuskan kentang di dalam air dan campurkan garam dan pati ayam secukup rasa.
3.Keluarkan kentang dari rebusan (untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan cucuk pada kentang , kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang , maknanya sudah boleh dikeluarkan).
4.Panaskan minyak dalam kuali (minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti).
5.Balutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam.
6.Goreng kentang dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7.Sedia untuk dimakan.

P/s:Resepi Potato Wedges sesuai dihidangkan bersama mayonis atau keju cair atau sos cili.

One comment on “Resepi Potato Wedges Ala KFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5