Resepi Pucuk Ubi Goreng Berlada

Bahan-bahan (4-5 orang)

20 tangkai pucuk ubi kayu
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1/2 cawan air
4 biji telur
Sedikit belacan
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Rebus pucuk ubi kayu dan kemudian toskan. Hiris halus-halus pucuk ubi kayu tadi.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan selama 2 minit.
  5. Selepas itu, pecahkan telur dalam kuali. Biarkan selama 2 minit.
  6. Masukkan pucuk ubi kayu yang telah dihiris.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.

25 Comments

Leave a Reply to mancai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.