Resepi Dapur Malaysia

Resepi Puding Karamel Coklat

No Comments

Resepi Puding Karamel Coklat ok ? Resepi ini sangat sedap dan juga agak mudah untuk dibuat.Selain itu,menu ini adalah antara resepi yang khusus bagi peminat dessert dan coklat.Disamping bulan ramadhan yang bakal menjelang ini ,Chef ingin kongsikan cara untuk membuat resepi ini bersama anda semua.Resepi ini amat sesuai jika dimasak untuk juadah berbuka.So,lepas makan nasi bolehlah makan pencuci mulut pula, takdelah terasa meloya sangat.

puding coklat caramel

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk buat karamel:
75g gula pasir
10ml air

Cara-cara membuat:
1.Masukkan gula dan air dalam periuk kemudian didihkan sampai bertukar warna keperangan.
2.Tutup api dan tuangkan dalam bekas kecil.
3.Biarkan ianya sejuk dan mengeras.

Bahan Kastrad:
400ml susu cair F&N
20g coklat chip
3 biji kuning telur
2 biji telur
65gram gula

Cara-cara membuat:
1.Pukul telur dan kuning telur bersama gula hingga gula melarut.
2.Didihkan susu dalam kuali hingga berwap.
3.Masukkan coklat dan gaul hingga coklat larut.
4.Tuangkan dan tapis dalam bancuhan telur tadi dan pukol sampai sebati.
5.Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas yang berisi karamel tadi.
6.Ambil loyang dan tuangkan air panas ke dalamnya.
7.Susun bekas yang berisi puding karamel tadi ke dalam loyang yang berisi air panas.
8.Bakarlah selama 20 – 25 minit pada suhu 150’c ( waterbath )
9.Biarkan sejuk 2 – 3jam

P/s : Resepi Puding Karamel Coklat lebih sedap jika dibuat dengan lebih pekat.Selain itu,jangan dibakar terlalu lama kerana takut ianya menjadi terlalu kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5