Resepi Dapur Malaysia

Resepi Puding Kiwi

1 Comment

Bahan-bahan (9 biji)

5 gram serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
5-7 sudu besar gula (ikut citarasa)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi – dikisar dengan 1/2 cawan air
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Panaskan air, gula dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair, kiwi yang dikisar dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati dan padamkan api.
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  4. Bila puding sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi asal oleh Kak Nor. Tips supaya puding kiwi nampak cantik – jangan kisar biji buah kiwi sampai hancur. Boleh juga dihidangkan dengan hirisan buah kiwi. 🙂

One comment on “Resepi Puding Kiwi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5