Resepi Dapur Malaysia

Resepi Puding Roti Bakar

No Comments

Resepi Puding Roti Bakar ok ? Resepi puding roti ¬†amat di gila’i ramai khususnya dikalangan wanita.Ini kerana , resepi ini sangat sedap kerana rasanya yang manis , sedikit rangup , berlemak dan juga sangat sedap.Selain itu , ianya juga sangat mudah untuk dibuat , masa yang diambil untuk menyediakan masakan ini tidak sampai satu jam ,yelah sebab kene bakar dulu apa semua kan ? .Oleh itu , jom lihat di bawah untuk menyediakan menu ini .

puding roti bakar

 

Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich – potong dua
2 cawan susu segar
Setengah cawan susu kastor
1 sudu makan mentega
1 per 4 sudu kecil garam
3 biji telur – dipukul
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit kismis

Cara-cara membuat:
1.Panaskan susu sehingga ia mendidih kemudian masukkan roti dan kacaukan sehingga terendam
2.Masukkan mentega,garam dan gula kemudian kacau lagi sehingga sebati
3.Masukkan esen vanilla, telur , kismis dan kacau perlahan-lahan sehingga rata
4.Tuangkan bahan yang dimasak tadi kedalam loyang yang telah dicalit dengan sedikit mentega
5.Bakarkan bahan tadi pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau 1 jam.
6.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Puding Roti bakar perlulah dibakar pada suhu dan minit yang betul supaya kita dapat kekalkan kelembutan dan kerangupan puding roti tersebut . Apabila sudah masak dan sedia untuk dihidangkan , masukkan sedikit serbuk kayu manis jika anda menyukainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5