Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

82 thoughts on “Resepi Puding Roti Kukus

  1. selalunya sy buat puding roti ni, bakar.. tp x penah jadi… semalam sy cuba ikut cara ni, kukus.. jadi plak.. n sedap…. suami gan ank2 suka sngat..

    • Sebelum ni memang dh buat memang sedap,kalau budak2 memang suka. Kena buat banyak adunan sebabfamily besar takut x cukup kan. Sy ada cadangan kalau letak serbuk kayu manis di atas puding atau selang seli dg roti pun boleh. ada aroma skit.

  2. share resepi ye…baru nak cuba buat pasal ada 2 buku roti yang dah dekat tarikh luput….boring dah makan begitu shj, nak cuba pulak resepi ni…

  3. tq atas resepi. mmg secukup rasa manisnye. adik pernah try ikut resepi len. terlalu manis. sampai sume takut nak mkn. tp resepi ni sedang elok manisnye. dah 2 kali buat. tercapai gak hajat nak mkn puding roti….tq sgt2

  4. salam..thanks for the recipe..mcm best jek…nak try mlm ni…kalau jadi, esok nak bawa untuk pot luck @ office..wish me luck…hhehheh

  5. hi…….sy da try buat ikut resepi tuh tp sy tukar kn susu cair ke susu pekat 1/2cwn & air masak 1 1/2 cwn…..x jadi…..bile kukus dia jadi lembik….mcm x cukup roti…….tp rasa nya sedap…..huhuhuuh

  6. Pingback: No more backache | BEATY's BLog

  7. Salam , sye berjaya! Tapi tukar resepi sikit. Guna susu pekat setengah tin campur dgn air panas , 3 sudu gula , secubit garam and 6 keping roti. Btw , thankyou :)

  8. adunan masih dlm kukusan
    x de esen vanila, tp ganti dgn bluberry flavour
    harap x mencacatkan rasa puding
    dpt 2 bekas tupperware putih tu, x masuk loyang pun
    (^____^)

  9. Yeay! Menjadik!!! Dok obersea ni rindu kat mak & teringin nak makan puding roti…nak tepon mak dah lewat plak. Resepi ni sebijik mcm resepi mak saya selalu buat. Memang sedap. Terima kasih ye? Oh ye, saya tambah garam skett je.

  10. bgn pg tadi, tiba2 teringin sgt puding roti (sy pregnant dh 9bln). surf2 internet, korek2 brg kat dapur, try resepi ni. dah siap, dah makan. simple dan sedap. tq amir.

  11. Saya tengah kukus ni. Saya pi tambah sikit saki baki susu pekat kat rumah, takut susu tu jadi tak elok. Huhu. Harap2 jadi. Nak letak chocolate rice, boleh ke tak ek? Huhu. Gatei ni tangan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>