Resepi Puding Tembikai

Bahan-bahan

1 paket serbuk agar-agar 15mg
2 keping roti
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cincau yang dipotong kecil
Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara

  1. Dalam periuk, rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Kemudian masukkan gula.
  2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu. Kacau hingga sekata.
  3. Ambil sedikit adunan agar-agar ini dan blend dengan roti hingga sekata. Kemudian tuang semula ke dalam periuk.
  4. Dalam bekas lain, ambil sedikit adunan dan masukkan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Masukkan ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  5. Masukkan adunan plain (tanpa pewarna) ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  6. Kemudian, masukkan adunan merah ke dalam loyang. Taburkan cincau untuk dibuat biji tembikai. Bekukan di dalam peti sejuk.

Resepi asal oleh Kak Niezza dan Kak Ita.

First time buat puding ni. Nama je puding tembikai tapi tak guna buah tembikai pun. Rupanya je macam tembikai. Kalau ada acuan macam Kak Ita guna lagi bagus, lagi cantik hasilnya. Kalau guna sandwich punya packaging pun cantik juga.

Untuk puding tembikai ni, nasihat saya cuba rasa dulu sama ada cukup manis ataupun tak. Resepi asal 1 1/2 cawan gula.

[WD_FB id="1"]
29 Comments
  1. 6 years ago
    isza

    menyelerakan sungguh!

    Reply
  2. 6 years ago
    teDD

    wow..cantik..

    Reply
  3. 6 years ago
    mancai

    oh puding sedapnya… terima kasih bro berkongsi…

    Reply
  4. 6 years ago
    aieN

    wow sedap !!! sy suker kn nyer..^_^..

    Reply
  5. 6 years ago
    nurmohd619

    waaaaa……~~~sedapnyaaaaa….

    Reply
  6. 6 years ago
    miss alin

    mcm best je…blh try buat ni

    Reply
  7. 6 years ago
    pae

    sedapnye. Nak try la. thanks for sharing ^^

    Reply
  8. 6 years ago
    meck

    wow comel!

    Reply
  9. 6 years ago
    Nad

    sedapnye :pp

    Reply
  10. 6 years ago
    Chef nor halim Yusof

    bagus dan amat menarik

    Reply
  11. 6 years ago
    wana

    akk ambil resepi puding ni ya…nampak sedap n menarik….

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Ambiklah akak. Saya pun ambil dari blog orang lain. 🙂

      Reply
  12. 6 years ago
    missNick

    comelnya….geram je tgk…boleh cuba ni makan time cuaca panas ke sejuk je tekak 🙂

    Reply
  13. 6 years ago
    fazilah

    Roti apa yang d igunakan?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Saya guna roti biasa je.

      Reply
  14. 6 years ago
    zaharah

    mesti sedap ni…..nak cuba lah resepi ni……

    Reply
  15. 6 years ago
    warhead

    mcm susah je…tp nk mkn pnye pasal wat je le mesti anak suke,mesti sedap pnye lah..

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau ada acuan macam bentuk tembikai lagi senang kot. 🙂

      Reply
  16. 6 years ago
    darkbatman

    amir,cmne tibe2 fb aku dh terlike ko nye en3?aku rase belum tekan cz bru nk bace..meh ajar aku.. kehkehkeh

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Haha. Actually yang kat bawah tajuk entri tu FB like untuk Blog Oh Malaysia. 🙂

      Reply
  17. 6 years ago
    darkbatman

    roti 2 roti biase je ker?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Yup, guna roti keping. Gardenia ke.

      Reply
  18. 6 years ago
    darkbatman

    ohhhh aku salah tengok.. waahahahaa.

    Reply
  19. 6 years ago
    jimie29

    thnz adik, akk ske ngn resepi ni. da lme akk cri, bru jmpe ^_____^

    Reply
  20. 6 years ago
    ieza

    dah lma sy cari resepi ni …br hr ni jumpa…npk x susah sgt tp hairan cam ne blh jd cam tbkai coz kl guna loyang bulat…lapisan jadi ok tp yg x ok time potong ada masalah kot…cam ne nak potong bg menampakkan rupa sama bg 1 loyang…adakah kta hanya dpt potong separuh aje utk rupa sama n balance dia x sama….blh tlg jelaskan….tq.

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau guna loyang bulat, susah sikit nak dapat bentuk macam tembikai. Kena potong sendiri. Tak pun cuba guna ‘sandwich plastic packaging’. boleh google image kalau tak pasti.

      Reply
  21. 5 years ago
    Juma

    cantikknyaa 🙂 hebat sungguhhhh mr amir !

    Reply
  22. 5 years ago
    Aimisya

    Incik amirrrr, pewarna tu nak masukkan bape bnyk? Satu sudu eh? Biar bekukan sedikit tu dalam bape minit eh? 🙂 nak buat nihhh

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Masukkan sikit je pewarna, maybe dalam 1/2 atau 1 sudu kecil. Bekukan sekejap dalam 2-3 minit supaya lapisan puding merah, putih dan hijau tak bercampur.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *