Resepi Dapur Malaysia

Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas

No Comments

Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas ok? Resepi ini sangat popular dengan kepedasan dan kelemakkannya.Oleh itu,masakan ini sangat popular didalam masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan penduduk kampung.Selain boleh dimakan bersama nasi putih,ianya juga boleh diratah begitu sahaja.Resepi ini juga tidaklah sukar untuk dibuat hanya memerlukan masa selama 25 minit sahaja untuk memasaknya.

rebung masak lemak pedas

Bahan-bahan:
300 gram rebung
250 gram udang
3 batang serai – diketuk
3 helai daun kunyit – disiat
1 keping asam keping
1 liter santan cair
1 biji santan
Garam dan gula secukupnya

Bahan yang perlu dikisar :

20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
setengah inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara-cara memasak:

1.Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
2.Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
3.Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
4.Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
5.Siap untuk dihidangkan

P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5