Resepi Dapur Malaysia

Resepi Rendang Ayam Padang

No Comments

Resepi Rendang Ayam Padang ok? Resepi ini bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi putih, malah ianya juga boleh dimakan bersama nasi impit,lemang,ketupat,lontong dan berbagai hidangan lagi.Oleh itu,Chef akan kongsikan bersama anda cara-cara untuk menyediakan resepi yang sedap ini.Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:

ayam padang

1 ekor ayam – dipotong kecil
3 helai daun limau purut – carikkan
1 batang serai – diketuk
2 cawan santan segar
6 biji cili api – dibelah dan jangan putus
1 biji tomato – belah 4
1 keping asam gelugor
Minyak secukupnya
Garam

Bahan-bahan yang perlu dimesin:
8 biji cili api atau ikut tahap kepedasan
2 sudu makan cili kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara-cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan yang telah dimesin serta serai yang telah diketuk.
2.Bila sudah pecah minyak masukkan ayam dan biarkan seketika.
3.Masukkan santan, daun limau purut, tomato , asam keping serta cili api.
4.Biarkan ianya mereneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
5.Jika sudah sedikit kering dan ok bolehlah dihidangkan.

P/s : Resepi Rendang Ayam Padang ini lebih sedap jika dimasak sedikit kering supaya kesemua rempah-rempahnya meresap ke dalam ayam tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5