Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan (5-6 orang)

5-6 ketul ayam
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
3-4 batang serai – dititik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
1 sudu besar gula Melaka
1 mangkuk santan
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
  4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Rempah gulai cap bunga rose ni rempah orang Terengganu. Mungkin kat negeri-negeri lain susah sikit nak jumpa. Jadi bolehlah ganti dengan serbuk kari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 thoughts on “Resepi Rendang Ayam

  1. Assalam Amir….boleh auntie masuk? Waaaahh mantopss dapur dia…auntie masuk pun terkejut nih! X caya lak, Amir ke yg masak….hehehe. Tahniah laaa….rajin2 eh… Tgk gmbar2 pun dah terliur… ^__^

    • Terima kasih auntie. Hari tu belajar masak dengan mak. 1st day raya, saya buat open house kat Adelaide. Masak rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh. :-)

  2. Pingback: Menu Lazim Kami :) | Cerita Seorang Aku

  3. Esok nak masak wat buka.. Tp tak cukup bahanlah kat sini.. Bestnye kat Malaysia.. Kat Turkey ni cili kering n ayam je yg ada.. Halia pun susah nak cari.. Tq atas perkongsian..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>