Resepi Dapur Malaysia

Resepi Rendang Mamak

No Comments

Resepi Rendang Mamak ok ? ‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini Chef akan membawa anda sekalian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia iatu Melayu, India dan China. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Oleh itu,terdapat resepi rendang yang dinamakan sebagai rendang mamak ini . Jom cuba.

Rendang Daging Mamak

Bahan-bahan:
600 gram daging lembu tanpa lemak – dipotong
200 gram bawang merah – dihiris halus
70 gram sos tomato
25 gram minyak sayuran
20 gram serbuk kari daging
5 gram buah pelaga
5 gram bunga cengkih
5 gram bunga lawang
5 gram kulit kayu manis
20 tangkai cili kering – direndam & dikisar halus
2 tangkai daun kari
2 sudu makan kicap pekat
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak secukupnya.Kemudian tumiskan bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis,
buah pelaga dan daun kari hingga berbau harum.
2.Selepas itu,Masukkan serbuk kari, cili kisar dan tomato sos kemudian tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
3.Masukkan daging bersama air dan kacau sekali-sekala sampai daging empuk dan kuahnya pekat.
4.Akhir sekali, masukkan kicap pekat dan garam. ‘
5.Sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Rendang Mamak lebih sedap jika di masak dengan sedikit kering dan pedas.Selain itu , resepi ini boleh dihidangkan pada bila-bila masa sekalipon . Resepi ini juga sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih , lontong , soto , ketupat , lemang dan sebaginya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5