Resepi Dapur Malaysia

Resepi Rendang Sumbar

No Comments

Resepi Rendang Sumbar ok ? Rendang adalah masakan daging bercita rasa pedas yang menggunakan campuran dari berbagai bumbu dan rempah-rempah. Masakan ini dihasilkan dari proses memasak yang dipanaskan berulang-ulang dengan santan kelapa. Proses memasaknya memakan waktu berjam-jam (biasanya sekitar empat jam) hingga kering dan berwarna hitam pekat. Dalam suhu ruangan, rendang dapat bertahan hingga berminggu-minggu

rendang sumbar

Bahan-bahan:
1 kilo daging – dipotong kecil
100 gram kerisik
3 biji kelapa (kalau boleh empat)
2 batang serai – dititik
Sedikit buah pelaha
Kayu manis secukupnya’

Bahan untuk dihiris:
4 helai daun salam
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit

Bahan yang perlu di kisar:
200 gram cili kisar
12 biji cili api
12 biji bawang merah
4 biji bawang putih
7 sudu makan lengkuas
5 sudu makan halia
2 sudu teh serbuk ketembar
Setengah sudu teh buah pala

Cara-cara membuat:
1.Gaul dan perapkan daging bersama separuh bahan kisar selama 30 minit kemudian letakkan ketepi
2.Tumiskan baki bahan kisar , buah pelaga dan kayu manis.
3.Masukkan santan, bahan hiris dan serai kemudian tumiskan sehingga mendidih.
4.Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga daging empuk.
5.Akhir sekali,masukkan kerisik dan kacau rendang hingga kuahnya kering
6.Siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Rendang Sumbar lebih sedap jika di masak sedikit kering dan jangan letakkan kerisik terlalu banyak.Selain itu , rendang ini boleh dimakan dengan apa-apa hidangan sekalipon tidak kira nasi putih , ketupat , nasi impit , lontong , lemang dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5