Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti Bakar Nutella

No Comments

Resepi Roti Bakar Nutella ok ? Menu ini sangat ringkas dan mudah untuk dimasak . Selain mudah , resepi ini juga sangat sedap kerana rasa rotinya yang lembut dan rasa coklat yang pekat pasti memikat selera anda semua . Resepi ini bukan sahaja boleh dihidangkan pada waktu lapang , malah boleh dihidangkan pada waktu sahur.

roti bakar nutella

Bahan-bahan :
4 Keping Roti
3 hingga 4 sudu makan
Lepa coklat nutella
2 sudu makan mentega
1 gram marshmallow

Cara-cara membuat :
1.Sapukan sekeping roti dengan lepa coklat nutella
2.Susun marshmallow di atas sekeping lagi roti.
3.Panaskan kuali anti lekat dengan sedikit mentega.
4.Seterusnya, masukkan roti yang telah disusun dengan marshmallow.
5.Telangkupkan dengan roti yang telah disapukan dengan lepa coklat Nutella.
6.Panaskan seketika hingga marshmallow cair kemudian angkat.

P/s : Resepi Roti Bakar Nutella lebih sedap jika di bakar garing dan dihidangkan bersama teh 0 panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5